Saturday, 15 February 2014

ASWARA THEATRE PRODUCTION.

Aswara theatre production merupakan sebuah badan organisasi bukan kerajaan yang bernaung di bawah Akademi seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dianggotai oleh sekumpulan Graduan lepasan ASWARA dari pelbagai fakulti. 

Aswara Theatre Production, mempunyai ahli seramai 30 orang dari pelbagai bidang, ia termasuk seni persembahan teater,pengurusan acara dan tenaga kreatif.

Diketuai oleh Dr Hatta Azad Khan, sebagai pengasas produksi ini dibantu oleh saudara shamizan Idris yang bertindak sebagai pengurus produksi dan pemasaran. Terdapat beberapa tenaga kreatif yang berkhidmat dibawah pengurusan ATP antaranya Sri Surya Parkash, Shaurin Zainurin, Yousef Al Farouk, Syafiq Ahmad Nordin, Azizah Abdullah, dan Naque Ariffin.

Pementasan pertama yang dianjurkan oleh ATP dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara adalah monodrama "Menunggu lampu Hijau" dan kini ATP sedang merancang untuk mementaskan produk kedua iaitu Monodrama "MY HONEY".

untuk sebarang maklumat dan pertanyaan anda boleh hubungi pengurus produksi di talian 0134296554(shahmizan idris)

Thursday, 13 February 2014

Sekitar latihan monodrama "My Honey"

Info Teater

Vokal atau suara merupakan satu anugerah allah kepada setiap insan yang bergelar manusia, ianya digunakan untuk setiap insan berbicara tentang kebaikan mahupun keburukan,

Dalam aspek teater ia digelarkan sebagai vokal,kepentingan vokal amat jelas dimana penggunaannya menberikan kesan yang sangat positif untuk setiap pelakon,vokal diolah pelbagai cara melalui kaedah yang digunakan oleh seseorang pelakon itu sendiri.Vokal yang baik ialah dapat melontarkan dialog dan bait-bait perkataan dengan jelas dan lantang.
Dari aspek lakonan ia amat menbantu pelakon itu untuk menjayakan lakonan melalui ucapan dialog yang dilontarkan,sebelum berlakon vokal perlu dipanaskan atau istilahnya WARM-UP.Warm-up vokal dilakukan dengan pelbagai cara dan keadaan bergantung kepada individu itu sendiri,namun keberkesanan dari hasil warm-up itu dapat menbatu pelakon untuk melontarkan dialog dengan jelas dan mudah didengar serta difahami.

Seorang pelakon yang bukan hanya dapat menghayati watak dengan baik dan menjiwai watak tersebut,tetapi seorang pelakon yang baik juga harus menpunyai vokal yang baik untuk melontarkan dialog yang diucapkan.Vokal sangat menbantu menghidupkan cerita dan watak seseorang itu.Tanpa vokal yang jelas cerita akan jadi hambar dan ia akan menjejaskan mutu lakonan seseorang pelakon itu sendiri.

Ramai yang berpendapat vokal merupakan satu elemen yang tidak perlu dititikberatkan,hal ini sama sekali bercanggah dengan perihal yang ingin saya katakan.vokal memainkan peranan yang penting selain dari aspek lakonan danwatak.

Kebanyakkan pelakon tidak mengunakan vokal dengan baik,tidak dinafikan seseorang individu itu menpunyai suara yang baik,namun jika vokal yang digunakan tidak sesuai dengan watak ia akan menburukkan lakonan dan jalan cerita tersebut.Rata-rata pelakon memakan dialog dan tidak dilontarkan secara jelas.Ini kerana penyebutan barangkali yang menyebabkan pelakon itu tidak dapat melontarkan dengan baik.

Tuesday, 11 February 2014

PETIKAN DIALOG : MY HONEY

MAK WAN   -   Sebelum kahwin sebulan lamanya Wanani bagi training kat cucunya Wan Maihani!  Diajarnya macam-macam perkara mempersiapkan diri sebagai isteri. Selain tu rupa paras dan tubuh badan cucunya juga dijaga rapi! Pendek kata dia mahukan cucu kesayangannya menjadi gadis tercantik dan terbaik sebelum disentuh suaminya. 

sekitar latihan bersama pengarah..









teater monodrama MY HONEY




sebuah monodrama

“MY HONEY”*

                           

        HATTA AZAD KHAN