Aswara theatre production merupakan sebuah badan organisasi bukan kerajaan yang bernaung di bawah Akademi seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dianggotai oleh sekumpulan Graduan lepasan ASWARA dari pelbagai fakulti.
Aswara Theatre Production, mempunyai ahli seramai 30 orang dari pelbagai bidang, ia termasuk seni persembahan teater,pengurusan acara dan tenaga kreatif.
Diketuai oleh Dr Hatta Azad Khan, sebagai pengasas produksi ini dibantu oleh saudara shamizan Idris yang bertindak sebagai pengurus produksi dan pemasaran. Terdapat beberapa tenaga kreatif yang berkhidmat dibawah pengurusan ATP antaranya Sri Surya Parkash, Shaurin Zainurin, Yousef Al Farouk, Syafiq Ahmad Nordin, Azizah Abdullah, dan Naque Ariffin.
Pementasan pertama yang dianjurkan oleh ATP dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara adalah monodrama "Menunggu lampu Hijau" dan kini ATP sedang merancang untuk mementaskan produk kedua iaitu Monodrama "MY HONEY".
untuk sebarang maklumat dan pertanyaan anda boleh hubungi pengurus produksi di talian 0134296554(shahmizan idris)
No comments:
Post a Comment