Thursday, 27 November 2014

ISTILAH DALAM SINOGRAFI

1.APRON
-APRON MERUPAKAN BAHAGIAN PALING HADAPAN DISETIAP PANGGUNG YANG BERBENTUK PROCENIUM,IA DIGUNAKAN UNTUK PERTUNJUKAN OKESTRA DAN SEBAGAI RUANG TAMBAHAN UNTUK PELAKON DAN SEBAGAI RUANG UNTUK PEMAIN MUZIK.

2.FLYING BAR
-FLYING BAR BERFUNGI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENGANTUNGKAN SET.IA DILETAKAN DIBELAKANG TIRAI UNTUK MENGANTUNG SET YANG MEMERLUKAN IANYA DIGANTUNG SEPERTI SET LANGSIR,POKOK,AWAN DAN SEBAGAINYA.

3.ARENA STAGE.
-ARENA STAGE ATAU PANGGUNG ARENA IALAH SATU PANGGUNG DIMANA PENONTON BERADA DISEKELILING RUANG LAKON,IAITU PELAKON BERLAKON DITENGAH-TENGAH PENONTON YANG MENGELILINGI RUANG PENTAS,CONTOHNYA BOLEH DILIHAT DIBAWAH









4.CYCLORAMA
-IA MERUPAKAN SATU TIRAI ATAU DINDING PALING BELAKANG DI ATAS PENTAS,IA DIGUNKAN UNTUK SEBARANG LAYAR UNTUK MENIMBULKAN SUASANA SET PENTAS ITU,SELAIN ITU JUGA IA DIGUNAKAN UNTUK KESAN KHAS.CONTOHNYA PANTULAN PROJEKTER KEPADA SKRIN BAGI MENHIDUPKAN SUASANA PENTAS.CONTOH GAMBAR DI BAWAH








5.HAND PROPS
-HAND PROPS IALAH SESUATU PROPS YANG DIBAWA OLEH SEORANG PELAKON ITU SENDIRI,CONTOHNYA PISTOL,PAYUNG,BUKU DAN SEBAGAINYA PROPS YANG KECIL.

6.TRAP DOOR.
-TRAP DOOR BERADA DITENGAH-TENGAH RUANG LAKON DIMANA IA DIGUNAKAN UNTUK BABAK YANG MEMERLUKAN PELAKON MUNCUL ATAU KELUAR DARI BAWAH.

7.CAT WALK.
-MERUPAKAN SATU LALUAN DI ATAS PENTAS.IA DIGUNAKAN UNTUK KESAN KHAS YANG MEMERLUKAN CAT WALK INI DIGUNAKAN.

8.SIDE WING.
-IA ADALAH LANGSIR YANG BERADA DISISI KANAN DAN KIRI PENTAS,IA BERTUJUAN UNTUK MELINDUNGI PELAKON DARIPADA DILIHAT OLEH PENONTON DI BAHAGIAN SISI PANGGUNG.DAN MEMUDAHKAN PELAKON MENBUAT PERSEDIAAN

9.F.O.H
-FRONT OF HOUSE IALAH BAHAGIAN HADAPAN PANGGUNG,DIMANA IA SELALUNYAMENPUNYAI LIGHTING ROOM,KUANTER TIKET DAN SEBAGAINYA YANG BERADA DI HADAPAN PENTAS.

fungsi pencahayaan

Didalam sebuah pementasan teater pencahayaan merupakan elemen penting yang perlu ada untuk menerangi dan menberikan mood dalam sesebuah  pementasan itu.Pencahayaan juga mampu menimbulkan suasana di atas pentas seperti yang ingin digambarkan oleh seorang sinografer.

  Antara fungsi pencahayaan ialah untuk menbolehkan kita melihat apa yang berlaku diatas pentas.Pencahayaan digunakan untuk menerangi kawasan sekitar ruang lakon untuk memudahkan penonton melihat apa yang berlaku di atas pentas,ia juga mampu menbuat penonton memahami cerita yang dipentaskan.
Fungsi pencahayaan juga untuk menperlihatkan memek muka pelakon supaya penonton dapat melihat wajah pelakon dan menghayati cerita tersebut.Contohnya apabila pelakon melakonkan watak sedih jadi memek muka nya haruslah jelas supaya dapat menberi reaksi kepada penonton yang melihat.

  Pencahayaan juga berfungsi sebagai menampakkan posture badan dengan jelas,apabila lampu menerangi kawasan ruang lakon ia sekali gus menampakan posture badan seorang pelakon dan mampu melihat keseluruhan badan pelakon tersebut.Selain itu juga pencahayaan juga untuk menimbulkan mood,dalam pementasan pencahayaan penting untuk menimbulkan mood,ini kerana lampu-lampu yang dinyalakan adalah untuk menberikan suasana kepada penonton dan juga pada pelakon.kesan tembakan lampu tadi mampu untuk menghidupkan mood lakonan dan menbuat cerita itu supaya lebih menarik.


    Akhir sekali pencahayaan juga untuk menbangkitkan warna kostum dan 3D pada objek.Apabila kostum yang dipakai agak malap atau kusam,pencahayaan mampu untuk menimbulkan kesan warna pada kostum dan ia juga boleh menperlihatkan bentuk-bentuk objek dengan jelas.Jadi pemilihan kostum yang sesuai haruslah dititi beratkan supaya ianya boleh disamakan dengan lampu yang akan dinyalakan di atas pentas.



No comments:

Post a Comment