Thursday, 27 November 2014

ISTILAH DALAM SINOGRAFI

1.APRON
-APRON MERUPAKAN BAHAGIAN PALING HADAPAN DISETIAP PANGGUNG YANG BERBENTUK PROCENIUM,IA DIGUNAKAN UNTUK PERTUNJUKAN OKESTRA DAN SEBAGAI RUANG TAMBAHAN UNTUK PELAKON DAN SEBAGAI RUANG UNTUK PEMAIN MUZIK.

2.FLYING BAR
-FLYING BAR BERFUNGI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENGANTUNGKAN SET.IA DILETAKAN DIBELAKANG TIRAI UNTUK MENGANTUNG SET YANG MEMERLUKAN IANYA DIGANTUNG SEPERTI SET LANGSIR,POKOK,AWAN DAN SEBAGAINYA.

3.ARENA STAGE.
-ARENA STAGE ATAU PANGGUNG ARENA IALAH SATU PANGGUNG DIMANA PENONTON BERADA DISEKELILING RUANG LAKON,IAITU PELAKON BERLAKON DITENGAH-TENGAH PENONTON YANG MENGELILINGI RUANG PENTAS,CONTOHNYA BOLEH DILIHAT DIBAWAH









4.CYCLORAMA
-IA MERUPAKAN SATU TIRAI ATAU DINDING PALING BELAKANG DI ATAS PENTAS,IA DIGUNKAN UNTUK SEBARANG LAYAR UNTUK MENIMBULKAN SUASANA SET PENTAS ITU,SELAIN ITU JUGA IA DIGUNAKAN UNTUK KESAN KHAS.CONTOHNYA PANTULAN PROJEKTER KEPADA SKRIN BAGI MENHIDUPKAN SUASANA PENTAS.CONTOH GAMBAR DI BAWAH








5.HAND PROPS
-HAND PROPS IALAH SESUATU PROPS YANG DIBAWA OLEH SEORANG PELAKON ITU SENDIRI,CONTOHNYA PISTOL,PAYUNG,BUKU DAN SEBAGAINYA PROPS YANG KECIL.

6.TRAP DOOR.
-TRAP DOOR BERADA DITENGAH-TENGAH RUANG LAKON DIMANA IA DIGUNAKAN UNTUK BABAK YANG MEMERLUKAN PELAKON MUNCUL ATAU KELUAR DARI BAWAH.

7.CAT WALK.
-MERUPAKAN SATU LALUAN DI ATAS PENTAS.IA DIGUNAKAN UNTUK KESAN KHAS YANG MEMERLUKAN CAT WALK INI DIGUNAKAN.

8.SIDE WING.
-IA ADALAH LANGSIR YANG BERADA DISISI KANAN DAN KIRI PENTAS,IA BERTUJUAN UNTUK MELINDUNGI PELAKON DARIPADA DILIHAT OLEH PENONTON DI BAHAGIAN SISI PANGGUNG.DAN MEMUDAHKAN PELAKON MENBUAT PERSEDIAAN

9.F.O.H
-FRONT OF HOUSE IALAH BAHAGIAN HADAPAN PANGGUNG,DIMANA IA SELALUNYAMENPUNYAI LIGHTING ROOM,KUANTER TIKET DAN SEBAGAINYA YANG BERADA DI HADAPAN PENTAS.

fungsi pencahayaan

Didalam sebuah pementasan teater pencahayaan merupakan elemen penting yang perlu ada untuk menerangi dan menberikan mood dalam sesebuah  pementasan itu.Pencahayaan juga mampu menimbulkan suasana di atas pentas seperti yang ingin digambarkan oleh seorang sinografer.

  Antara fungsi pencahayaan ialah untuk menbolehkan kita melihat apa yang berlaku diatas pentas.Pencahayaan digunakan untuk menerangi kawasan sekitar ruang lakon untuk memudahkan penonton melihat apa yang berlaku di atas pentas,ia juga mampu menbuat penonton memahami cerita yang dipentaskan.
Fungsi pencahayaan juga untuk menperlihatkan memek muka pelakon supaya penonton dapat melihat wajah pelakon dan menghayati cerita tersebut.Contohnya apabila pelakon melakonkan watak sedih jadi memek muka nya haruslah jelas supaya dapat menberi reaksi kepada penonton yang melihat.

  Pencahayaan juga berfungsi sebagai menampakkan posture badan dengan jelas,apabila lampu menerangi kawasan ruang lakon ia sekali gus menampakan posture badan seorang pelakon dan mampu melihat keseluruhan badan pelakon tersebut.Selain itu juga pencahayaan juga untuk menimbulkan mood,dalam pementasan pencahayaan penting untuk menimbulkan mood,ini kerana lampu-lampu yang dinyalakan adalah untuk menberikan suasana kepada penonton dan juga pada pelakon.kesan tembakan lampu tadi mampu untuk menghidupkan mood lakonan dan menbuat cerita itu supaya lebih menarik.


    Akhir sekali pencahayaan juga untuk menbangkitkan warna kostum dan 3D pada objek.Apabila kostum yang dipakai agak malap atau kusam,pencahayaan mampu untuk menimbulkan kesan warna pada kostum dan ia juga boleh menperlihatkan bentuk-bentuk objek dengan jelas.Jadi pemilihan kostum yang sesuai haruslah dititi beratkan supaya ianya boleh disamakan dengan lampu yang akan dinyalakan di atas pentas.



PROSES REKAAN SET

SALAH SATU PRINSIP YANG PERLU ADA DI DALAM SEBUAH PEMENTASAN BUKAN HANYA BERGANTUNG KEPADA PELAKON SEMATA-MATA ,NAMUN SET DAN PENCAHAYAAN JUGA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MENGHIDUPKAN CERITA TERSEBUT SUPAYA IANYA LEBIH MENARIK.
DIDALAM PEMBINAAN SET YANG DIINGINI OLEH PENGARAH DALAM TEMA CERITA TERSEBUT.TUGAS INI DIGALAS OLEH SEORANG SINOGRAFE YANG MENGETUAI PROSES REKAAN SET TERSEBUT.

BAGI MENYELARASKAN PEMBINAAN SET SUPAYA IANYA BERSESUAIAN TEMA DAN CERITA TERSEBUT SEORANG SINOGRAFE PERLU MENGENAL PASTI SET APA YANG AKAN DIBINA TERLEBIH DAHULU.DALAM PROSES MENGENAL PASTI SET INI IA MERANGKUMI ASPEK MELIHAT DARI JENIS SET DAN KEADAAN SET TERSEBUT.

SELESAI SAHAJA IA MENGENAL PASTI JENIS SET YANG DIGUNAKAN,UNTUK MEMASTIKAN SET TERSEBUT SESUAI DIGUNAKAN PROSES SETERUSNYA IALAH DISEBUT BREADOWN SKRIP UNTUK PEMBINAAN SET/PROPS.DENGAN MENGETAHUI APA SET YANG INGIN DUGUNAKAN IA AKAN MEMUDAHKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN SET YANG PERLU DIGUNAKAN DALAM CERITA TERSEBUT.MISALNYA DI DALAM SKRIP ITU INGINKAN SET SEBUAH RUMAH DAN LAMAN HADAPAN RUMAH.IA AKAN MEMUDAHKAN TUGAS SINOGRAFE UNTUK MENENTUKAN SAIZ DAN RUANG KEGUNAAN SET ITU NANTI.

PROSES SETERUSNYA IALAH DENGAN MENBUAT KAJIAN TENTANG SET YANG INGIN DIBINA.IA MENGANDUNGI ZAMAN,MASA DAN KETIKA.JENIS BAHAN YANG DIGUNAKAN.APABILA KAJIAN DILAKUKAN IA AKAN MEMUDAHKAN PROSES REKAAN SET.SELAIN ITU JUGA SET YANG DIBINA HARUSLAH BERSESUAIAN DENGAN CERITA YANG INGIN DIPENTASKAN.SESUAI DENGAN ZAMAN DAN KEADAAN SET ITU TIDAKLAH MENBEBANKAN PELAKON DAN MENYUKARKAN PENONTON UNTUK MEMAHAMI KEADAAN YANG SEDANG BERLAKU.
DARI SUDUT TEKNIKAL PULA,SET YANG BAKAL DIBINA HARUSLAH BAIK DARI SEGI PEGERAKANNYA JIKA IANYA MEMERLUKAN PEGERAKAN.JIKA IANYA TIDAK MEMERLUKAN PEGERAKAN IANYA MESTILAH MUDAH DIKENDALIKAN OLEH PELAKON UNTUK MENGUNAKAN SET YANG TELAH DIBINA.CONTOHNYA PINTU RUMAH ITU,JANGAN TERLALU KETAT SEHINGGA MEYUKARKAN PELAKON UNTUK MENGENDALIKANNYA.

SELESAI SAHAJA PROSES KAJIAN DAN TEKNIKAL ITU,MAKA TUGAS SINOGRAFI SEBELUM MENBINA SET IA PERLULAH MELUKIS LAKARAN KASAR UNTUK MENGETAHUI SAIZ,BAHAN,KELUASAN,DAN FUNGSI SET YANG AKAN DIBINA.PROSES LAKARAN INI HARUSLAH DILUKIS UNTUK MEMUDAHKAN IANYA DIBINA MENGIKUT PLAN YANG TELAH DIRANCANG DAN DIPERSETUJUI OLEH PENGARAH.PROSES LAKARAN INI AMAT PENTING KERANA IA MERUPAKAN TITIK PERMULAAN DALAM PEMBINAAN SET.

SET YANG DIBINA HARUSLAH MENGUNAKAN MATERIAL YANG SESUAI DAN MUDAH DIPEROLEHI.INI KERANA JIKA BAHAN UNTUK MENBINA SET AGAK SUKAR UNTUK DIPEROLEHI IA AKAN MENYUKARKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN,SELAIN ITU JUGA BAHAN YANG DIGUNAKAN HARUSLAH MUDAH DIKENDALIKAN SUPAYA KERJA-KERJA PEMBINAAN LANCAR DILAKUKAN.ANTARA BAHAN YANG KERAP DIGUNAKAN DIDALAM PEMBINAAN SET IALAH,PAPAN PLAYWOOD,KAYU,DAN BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENBUAT SET YANG KECIL.













Tanggujawab Seorang Sinografi










MENGALAS TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG SINOGRAFI BUKANLAH SATU TANGGUNGJAWAB YANG MUDAH IANYA MEMERLUKAN KESABARAN,PENGALAMAN DAN DAYA FIKIR YANG TINGGI.SEORANG SINOGRAFI HARUSLAH BERPERANAN SEBAGAI PELANCAR PEMENTASAN DENGAN MENYEDIAKAN SEGALA KEPERLUAN PELAKON DAN SET YANG SESUAI DIGUNAKAN OLEH PELAKON DAN IANYA MUDAH DIKENDALIKAN.

MENJADI SEORANG SINOGRAFI BUKAN LAH SATU TUGAS YANG MUDAH.TANGGUNGJAWAB SEORANG SINOGRAFI AMAT BERAT.ANTARA PERANANNYA BERMULA SEBELUM PEMENTASAN LAGI.SEBELUM PEMENTASAN IA PERLU MEMASTIKAN SEGALA KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN OLEH PELAKON DISEDIAKAN DAN MEMASTIKAN SET SELAMAT DIGUNAKAN DAN MUDAH UNTUK DIKENDALIKAN.

PERANAN SEORANG SINOGRAFI HARUSLAH MEMASTIKAN SEGALA KELANCARAN BERJALAN DENGAN BAIK.DARI SEGI PENGGUNAAN SET.SINOGRAFER HARUS MENBINA SET DENGAN MEMIKIRKAN SOAL KESELAMATAN DAN CARA MENGUNAKANNYA ADAKAH IA SELAMAT DIGUNAKAN ATAUPUN TIDAK.DAN MEMIKRKAN BAHAWA SET ITU SESUAI DIGUNKAN ATAUPUN TIDAK.










PENYEDIAAN PROPS HARUSLAH DISELESAIKAN AWAL SEBELUM PEMENTASAN.SEORANG SINOGRAFER BERHAL MENGARAHKAN DAN MENGATUR SET YANG DIBINA MENGIKUT KEHENDAK PENGARAH DAN DIBAWAH ARAHAN PENGARAH,NAMUN BELIAU MENPUNYAI PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK MENBANTU MENGHIDUPKAN SET TERSEBUT.

BUKANLAH MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG SINOGRAFER IA PERLU MEMASTIKAN SEGALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR SEBELUM DAN SELEPAS PEMENTASAN.SEORANG SINOGRAFER HARUS ADA BERSAMA DENGAN PENGARAH UNTUK MENBINCANGKAN TENTANG SET YANG AKAN DIBINA,KOSTUM,DAN PENGUNAAN HAND PROPS YANG DIPERLUKAN.SINOGRAFER HARUS MELAKAR KAN DESIGN YANG INGIN DIBUAT DAN MENBERIKAN ARAHAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKERJA DI BAWAH SINOGRAFER.

                                                                                                                                          





komunikasi visual dalam sinografi

komunikasi visual merupakan salah satu modul yang ada didalam penggunaan atau aspek sinografi.ia menpunyai pengkaitan yang amat akrab.
sebahagian besar sinografo mengunakan teknik yang pelbagai untuk subjek didalam ruang sinografi.
di sini saya secara ringkas menghuraikan definisi komunikasi visual dalam sinografi.

DEFINISI KOMUNIKASI VISUAL

-Proses dimana manusia menghantar dan menerima maklumat
-proses dimana manusia berkongsi atau bertukar idea.

didalam proses ini kita boleh namakan sebagai proses interaksi

PENGHANTAR < --------> PENERIMA

secara sejarahnya komunikasi berasal daripada perkataan Latin 'Communcara' bermaksud 'To make common'

jika hubungkan komunikasi dengan visual.

VISUAL bermaksud sesuatu yang digambarkan melalui penglihatan yang dilihat dari sudut pandangan visual seseorang

Shahmizan Idris

PERKEMBANGAN DRAMA MELAYU

Drama dan teater menpunyai pengkaitan yang menpunyai hubungan yang sama erti,
perkembangan bermula sejak tahun 1940 lagi.sehingga hari ini teater berkembang dengan pesat hingga timbul aliran-aliran yang baru.Jika dahulu terkenal dengan drama realisme,absurd,dan surelisme.
Perkembangan teater pada hari ini..muncul aliran baru seperti eksperimen,dan teater suggestion dan lain-lain..
drama-drama moden malaysia berkembang dengan begitu pesat dan konsevatif.
Ramai pengiat-pengiat teater yang muncul dalam era moden dengan pementasan yang lebih berani dan praktikal.
Antaranya Rosminah tahir,Fauziah Nawi,Dato Rahim Razali,Hans Isaac dan Lain-lain lagi.

Dengan kewujudan institusi-institusi yang melahir ramai graduan yang mampu untuk menperjuangkan seni teater pada masa akan datang.Antara institusi yang banyak melahirkan graduan-graduan yang berpengalaman dan menpunyai kepimpinan yang tinggi antaranya ASWARA,UiTM,UM dan lain-lain pusat pengajian yang lain.
Pandangan kementerian kesenian dan kebudayaan pada masa hadapan adalah untuk meneruskan perjuangan generasi-generasi dahulu yang menperjuangkan seni teater untuk dimanfaatkan untuk generasi akan datang.

KEPENTINGAN VOKAL DALAM LAKONAN

vokal atau suara merupakan satu anugerah allah kepada setiap insan yang bergelar manusia,ianya digunakan untuk setiap insan berbicara tentang kebaikan mahupun keburukan,

Dalam aspek teater ia digelarkan sebagai vokal,kepentingan vokal amat jelas dimana penggunaannya menberikan kesan yang sangat positif untuk setiap pelakon,vokal diolah pelbagai cara melalui kaedah yang digunakan oleh seseorang pelakon itu sendiri.Vokal yang baik ialah dapat melontarkan dialog dan bait-bait perkataan dengan jelas dan lantang.
Dari aspek lakonan ia amat menbantu pelakon itu untuk menjayakan lakonan melalui ucapan dialog yang dilontarkan,sebelum berlakon vokal perlu dipanaskan atau istilahnya WARM-UP.Warm-up vokal dilakukan dengan pelbagai cara dan keadaan bergantung kepada individu itu sendiri,namun keberkesanan dari hasil warm-up itu dapat menbatu pelakon untuk melontarkan dialog dengan jelas dan mudah didengar serta difahami.

Seorang pelakon yang bukan hanya dapat menghayati watak dengan baik dan menjiwai watak tersebut,tetapi seorang pelakon yang baik juga harus menpunyai vokal yang baik untuk melontarkan dialog yang diucapkan.Vokal sangat menbantu menghidupkan cerita dan watak seseorang itu.Tanpa vokal yang jelas cerita akan jadi hambar dan ia akan menjejaskan mutu lakonan seseorang pelakon itu sendiri.

ramai yang berpendapat vokal merupakan satu elemen yang tidak perlu dititikberatkan,hal ini sama sekali bercanggah dengan perihal yang ingin saya katakan.vokal memainkan peranan yang penting selain dari aspek lakonan danwatak.

Kebanyakkan pelakon tidak mengunakan vokal dengan baik,tidak dinafikan seseorang individu itu menpunyai suara yang baik,namun jika vokal yang digunakan tidak sesuai dengan watak ia akan menburukkan lakonan dan jalan cerita tersebut.Rata-rata pelakon memakan dialog dan tidak dilontarkan secara jelas.Ini kerana penyebutan barangkali yang menyebabkan pelakon itu tidak dapat melontarkan dengan baik.